Latarbelakang

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Kecemerlangan anda bermula disini

Pada Jun 2016, Widad Business Group Sdn Bhd (WBG) telah mengambil alih sepenuhnya Kolej Universiti Shahputra. Di bawah milikan dan pentadbiran baru, kolej universiti ini bergelar Widad University College (WUC). Perkataan WIDAD ini diterjemahkan dari bahasa Arab yang bermaksud, kasih sayang dan persahabatan. Ia juga melambangkan kepimpinan dan kebebasan.

Widad Business Group adalah satu konglomerat yang terdiri dari pelbagai syarikat perniagaan. Ia adalah sebuah identiti koporat yang ternama di Malaysia dan juga tersenarai dalam Bursa Saham. Aktiviti-aktiviti perniagaan WBG merangkumi bidang pengurusan fasiliti berintigrasi, pembinaan, pembangunan hartanah, media, teknologi maklumat, hospitaliti, kesihatan dan komunikasi.

Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah merupakan pengasas WBG. Beliau merupakan seorang ahli koporat yang perihatin terhadap pendidikan berkualiti. Beliau percaya asas kejayaan sesebuah negara adalah rakyat yang berpendidikan. Secara peribadi beliau meyakini bahawa setiap anak-anak semestinya diberi peluang melanjutkan pengajian pada peringkat tertinggi walaupun melalui pendidikan swasta. Maka di WUC, wujudlah peluang belajar ini dengan konsep ‘mampu belajar’ yang mana WUC merupakan sebuah Universiti yang menyediakan program-program pengajian dengan kadar yuran yang berpatutan.

WUC adalah sebuah universiti berkonsepkan Boutique University. Sebagai sebuah Boutique University, WUC tidak memerlukan sebuah prasarana yang besar. Kemudahan dan infrastruktur yang sedia ada sudah mencukupi untuk melahirkan graduan yang relevan dan menepati keperluan industri dalaman serta di arena antarabangsa. Untuk mencapai hasrat ini, WUC didokong oleh pentadbiran yang mantap serta dibantu oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. Kedudukan WUC kini menjurus kepada sebuah institusi yang memenuhi pencapaian kecemerlangan akademik.

WUC menawarkan 10 program di peringkat ijazah, 18 program di peringkat diploma, 2 program asasi serta beberapa program di peringkat Ijazah Sarjana (Masters) dan Doktor Kehormat (PhD). Hampir kesemua program-program di WUC telah mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan dari badan profesional masing-masing bergantung kepada program yang dikendalikan. Contohnya, program Perubatan (MBBS) kami telah mendapat akreditasi penuh dari MQA dan Majlis Perubatan Malaysia, program Perubatan kami juga tersenarai di dalam World Directory for Medical School. Begitu juga program seperti Kejururawatan (Nursing) dan Pembantu Perubatan (MA), turut mendapat akreditasi penuh dari badan profesional masing-masing.

Pengiktirafan ini secara tidak langsung telah menyaksikan kebolehpasaran graduan kami yang tinggi serta permintaan dari industri yang sangat menggalakkan sama ada dari dalam atau luar negara. Sehingga kini institusi ini telah telah melahirkan lebih 20,000 graduan di dalam pelbagai bidang.

WUC mempunyai program pengantarabangsaan (internationalisation) yang meluas. Ini dijalankan secara kerjasama bersama institusi-institusi di luar negara, dalam membangun dan mengemaskini program-program sedia ada. Sehingga kini, penglibatan WUC menjangkaui India, China, Indonesia, Bangladesh dan Filipina. Kami juga sedang melihat Turki sebagai destinasi selanjutnya dalam masa terdekat ini.

WUC terletak pada lokasi yang strategik di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Sebuah bandar pesisir yang menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara. Bandar Kuantan juga merupakan sebuah bandar yang lengkap tanpa kesesakan. Di sini terdapat pusat pusat peranginan seperti, Pantai Teluk Cempedak, Pantai Cherating, pulau-pulau perkelahan, pusat-pusat membeli belah serta hotel-hotel bertaraf lima bintang. Keadaan ini juga telah menarik ramai pelajar untuk memilih WUC sebagai destinasi untuk melanjutkan pelajaran mereka di samping kualiti pendidikan yang terbukti.

Bagi pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka di sebuah universiti swasta yang menjanjikan kualiti serta mampu belajar, kami mengalu-alukan anda ke Widad University College.

Selamat datang ke Widad University College, sebuah Boutique University yang menjadikan anda seorang insan yang cemerlang.

Terima kasih.

Gambang Water Park

Bukit Panorama, Sungai Lembing

Teluk Chempedak

Chengal Hill Retreat, Janda Baik

Club Med Cherating Beach

Fraser's Hill

Resorts World Genting

Pulau Ular, Kuantan