Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.
Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.
Program ini bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan pelbagai peranan media massa dalam membantu pelbagai organisasi. Program ini juga bertujuan untuk menyediakan asas yang kukuh kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka dalam bidang komunikasi massa.
Program ini dapat memupuk kreativiti dan inovasi, kemahiran interpersonal dan komunikasi, yang penting dalam amalan komunikasi massa. Ia juga adalah untuk memupuk nilai-nilai etika yang tinggi dan tanggungjawab sosial di kalangan pelajar. Program ini sepenuhnya diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), menyediakan pelajar dengan portfolio kemahiran semua aspek penting komunikasi dan industri berkaitan media, serta kemahiran dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat.
Diploma Komunikasi & Media
Sepenuh Masa
2 tahun 6 bulan
Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
Graduan boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara.