Diploma Pengurusan Harta Tanah

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Diploma Pengurusan Harta Tanah (Property Management) merupakan kursus kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia.

Secara umumnya kursus ini adalah berkaitan dengan sektor harta tanah yang mana melibatkan kerja-kerja menilai untuk tujuan jual beli tanah, pengiraan cukai seperti cukai pintu, cukai keuntungan, cukai setem dan sebagainya. Ia juga berkaitan dengan pengurusan harta tanah yang meliputi pengurusan penyewaan, pemasaran dan penyelenggaraan bangunan seperti menguruskan kompleks membeli belah (Shopping Complex), ruang pejabat (Office Space), rumah kedai serta bangunan yang lain.

Graduan Diploma Pengurusan Harta Tanah (DDF) dibekalkan dengan ilmu-ilmu teori yang meliputi bidang penilaian dan pelaburan harta tanah, pengurusan harta tanah dan juga agen harta tanah yang membolehkan mereka menjadi golongan profesional iaitu penilai, pengurus harta dan juga agen harta tanah. Graduan juga berupaya untuk memberikan khidmat nasihat kepada pelabur-pelabur harta tanah dalam membuat pemilihan jenis harta tanah yang boleh mendatangkan aliran pendapatan yang menguntungkan dan seterusnya meningkatkan nilai harta tanah.

Melalui tugasan, amali dan latihan praktikal yang dijalankan, mendedahkan pelajar kepada skop pekerjaan sebenar yang bakal mereka tempuhi apabila tamat pengajian.

Tambahan : Pelajar boleh menduduki Ujian Kecekapan Professional yang diadakan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Agen Harta Tanah untuk melayakkan diri menjadi seorang Agen Harta Tanah atau Penilai yang berdaftar.


  • Maklumat Program

  • Diploma Pengurusan Harta Tanah

  • Sepenuh Masa

  • 3 tahun


Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1 : Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setara

  • Lulus SPM / setara dengan 3 kepujian (Gred C) termasuk:
    • Bahasa Melayu
    • Mana-mana 2 matapelajaran lain.
  • Lulus Matematik. (Pelajar mesti ambil subjek Pengukuhan Matematik di semester 1)
  • Lulus Bahasa Inggeris.
  • Lulus Sejarah.
  • Pilihan 2 : Kemasukan dengan Sijil Politeknik / Sijil Kolej Komuniti / Sijil

  • Lulus Sijil Politeknik / Sijil Kolej Komuniti / Sijil yang diiktiraf setaraf dengannya serta berkaitan dengan program Diploma yang dipohon dengan memperolehi purata mata nilai kumulatif (PNGK) minimum 2.00.
  • Pilihan 3 : Kemasukan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3

  • Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi purata mata nilai kumulatif (PNGK) minimum 2.00.
  • Pilihan 4 : Kemasukan dengan O-Level

  • Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian (Gred C) termasuk mata pelajaran Matematik dan DUA (2) mata pelajaran yang lain.
  • Pilihan 5 : Kemasukan dengan Kelayakan Lain

  • Kelayakan - kelayakan lain yang diluluskan oleh Kerajaan Malaysia.
  • + Maklumat Tambahan

  • Diploma akan di anugerahkan oleh UTM semasa konvokesyen di UTM Skudai.

Laluan Kerjaya

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:

  • Penilaian Harta Tanah
  • Kajian Kemungkinan & Pembangunan Tanah
  • Pengurusan dan Pentadbiran Harta Tanah.
  • Agensi Harta Tanah
  • Pelelongan
  • Pengurusan Projek
  • Pelaburan Harta Tanah

Graduan boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara.

Hi.. my name is .

Enter your mobile number below to start our chat.

Chat With Us