Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.
Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian)
Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian) membuka peluang kepada mereka yang mencari jawapan persoalan seperti 'mengapa kita lakukan, apa yang kita lakukan?\’. Ahli Psikologi belajar bagaimana tingkah laku manusia mempengaruhi kita dan mengaplikasikan pengetahuan psikologi dalam membantu orang lain. Ahli psikologi boleh bekerja dalam bidang swasta, perubatan, pendidikan atau perniagaan.
Graduan yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian) akan dapat memiliki kemahiran seperti membantu orang lain memahami situasi mereka, mengatasi masalah yang sedang berlaku dan membimbing mereka dalam memenuhi kehidupan harian.
Pelajar Tempatan : Malaysian University English Test (MUET).
+ Syarat Tambahan (Pilihan 1-3)
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV) dengan:
Kredit Matematik
Kredit Sains
Lulus Bahasa Inggeris
Syarat kredit Matematik dan Sains serta lulus Bahasa Inggeris boleh dikecualikan jika kelayakan tersebut mengandungi mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris dan pencapaiannya setara/lebih daripada keperluan mata pelajaran tersebut pada peringkat SPM.
Pilihan 1: Kemasukan dengan Matrikulasi / Asasi / Kelayakan setara
Lulus Matrikulasi / Asasi atau selain yang setaraf dengan mendapat CGPA sekurang-kurangnya 2.00.
Pilihan 2: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Kelayakan setara
Lulus STPM atau setaraf dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam DUA (2) mata pelajaran.
Pilihan 3: Kemasukan dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Lulus STAM dengan gred minimum JAYYID.
Pilihan 4: Kemasukan dengan Diploma / Kelayakan setara
Memiliki Diploma atau setaraf dengan CGPA 2.00.
Pilihan 5: Kemasukan dengan Diploma Psikologi
Diploma Psikologi dengan minimum PNGK 2.00 daripada 4.00.
Pilihan 6: Kelayakan setara
Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Laluan Kerjaya
Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
Psychology Officer
Motivator
Educator
Researcher
Organizational Manager
Industrial Trainer
Graduan-graduan boleh melanjutkan pelajaran dimana-mana universiti yang berpotensi.