Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.
Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.
Program ini diwujudkan untuk memberikan pendidikan lengkap kepada orang ramai berkenaan kegiatan menjalankan dan mengekalkan perniagaan. Pelajar jurusan perniagaan bukan sahaja diajar berkenaan asas-asas pengurusan sepertimana yang dipelajari di buku teks tetapi mereka juga akan didedahkan kepada situasi sebenar sebagai bahan kajian bagi meralisasikan prinsip-prinsip berkenaan. Pengalaman pertama yang ditimba sesungguhnya amat bermakna untuk mengenali dunia sebenar perniagaan.
Program ini mendapat akreditasi penuh Malaysian Qualification Agency (MQA) kerana ia diiktiraf dapat menyediakan kemahiran-kemahiran penting perniagaan termasuk Pengurusan, Pemasaran, Perakaunan, Keusahawanan dan Komunikasi Perniagaan.
Disepanjang masa 3 tahun pengajian, pelajar akan diberikan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan Pengurusan Perniagaan. Pelajar akan dianugerahkan Diploma Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) semasa majlis konvokesyen yang akan diadakan di kampus utama UPM.
Diploma Pengurusan Perniagaan
Sepenuh Masa
3 tahun
Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:
Graduan boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara.