Diploma Pengurusan Teknologi

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Daftar bagi Diploma Pengurusan Teknologi di Widad College bagi memulakan kerjaya anda dalam dunia bisnes moden. Kolej Widad telah, dan akan terus menghasilkan graduan yang mempunyai pengetahuan mendalam dalam sistem teknologi inovatif yang disepadukan ke dalam dunia bisnes moden untuk tujuan kecekapan dan penghasilan. Selain itu, kami juga membantu para pelajar memahami bagaimana kelakuan dalam dunia moden ini mampu berubah disebabkan penyelesaian masalah berdasarkan teknologi moden. Bagaimanapun, jika anda tidak pasti akan kursus bisnes yang patut anda ceburi, kami menasihatkan anda bagi meneroka halaman diploma pengurusan teknologi kami.

Kolej diploma pengurusan teknologi ini menawarkan pelajar program 3 tahun dengan modul wajib dalam bidang bisnes seperti pengurusan, akaunting dan ekonomi, di mana digabungkan dengan modul teras berkaitan sistem teknologi maklumat. Teknologi dalam bisnes telah terbukti kepentingannya. Sistem automatik, kecanggihan transaksi bisnes dan raintaian bekalan bukan lagi menjadi faedah sampingan, tetapi adalah perlu bagi kejayaan sesebuah bisnes.

Sebagai kolej diploma pengurusan teknologi terbaik di Malaysia, Kolej Widad memastikan pelajarnya akan mempelajari bagaimana untuk memajukan sistem sebegini dan mendapatkan pengetahuan langsung akan solusi teknologi dan memajukan kemahiran teknikal yang boleh diubah. Mereka juga akan mempelajari aplikasi bagi teori pengurusan teknologi moden ke dunia sebenar dan membawa penyelesaian canggih kepada bisnes tersebut. Memahami aplikasi berkomputer di dalam dunia bisnes turut membezakan pelajar darpada rata-rata calon perniagaan dan menetapkan mereka di jalan inovasi.

Kursus ini bertujuan untuk menyediakan pelajar hanya dengan sistem sokongan pendidikan terbaik dan teknologi terkini untuk menyampaikan pengetahuan praktikal mengenai teknologi. Para pelajar akan mempelajari tentang komunikasi efektif dalam dunia bisnes moden melalui latihan industri, projek penyelidikan, serta latihan dan projek kelas. Setiap tugas dalam program diploma ini disesuaikan untuk memastikan pelajar memenuhi syarat untuk pelbagai jawatan seperti usahawan, penganalisis teknologi, professional pemasaran, dan Ketua Pegawai Eksekutif.

Kolej Widad dengan pelbagai pilihan kursus seperti pengurusan teknologi dan lain-lain seperti pendidikan awal kanak-kanak merupakan universiti elit yang akan membantu anda bagi mendapatkan kerjaya impian anda di masa hadapan.


  • Maklumat Program

  • Diploma Pengurusan Teknologi

  • Sepenuh Masa

  • 3 tahun


Syarat Kemasukan

  • Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)

  • Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit termasuk:
    • Bahasa Melayu
    • Mana-mana 2 matapelajaran lain.
  • Lulus Matematik. (Pelajar mesti ambil subjek Pengukuhan Matematik di semester 1)
  • Lulus Bahasa Inggeris.
  • Lulus Sejarah.
  • + Maklumat Tambahan

  • Diploma akan di anugerahkan oleh UTM semasa konvokesyen di UTM Skudai

Laluan Kerjaya

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:

  • Penolong Pentadbir
  • Penyelia Bahagian
  • Penolong Eksekutif (Pentadbiran dan Kewangan)

Graduan boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara.

Hi.. my name is .

Enter your mobile number below to start our chat.

Chat With Us