Ringkasan Fakulti

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Ringkasan Pusat

Latar Belakang

Fakulti Pengajian Sukan merupakan bahagian baru di dalam Widad University College yang ditubuhkan pada 1hb. Mei 2011. Ia mempunyai dua sub-unit; Pendidikan Sukan (Diploma Sains Kejurulatihan) dan pembangunan Ko-Kurikulum. Fakulti Pengajian Sukan juga memainkan peranan penting dalam penglibatan pelajar menyertai kejohanan-kejohanan kompetitif yang dianjurkan sepanjang tahun.


Pengkhususan

Fakulti Pengajian Sukan memberi tumpuan utama dalam aspek pendidikan, kesihatan, penambahbaikan kemampuan fizikal dan peningkatan prestasi. Keseimbangan ditumpukan antara pendidikan, kebersaingan dalam sukan dan juga rekreasi. Pusat ini juga mempunyai harapan untuk menyumbang kepakaran dalam ketiga-tiga bidang di atas dengan menyasarkan untuk menjadi antara institusi pendidikan yang mendukung visi global melalui pembelajaran, penyelidikan dan kerjaya profesional.


Visi

Visi fakulti adalah untuk membina suasana di dalam WUC;

  • Lebih ramai kakitangan dan pelajar menyedari sukan sebagai aktiviti santai;
  • Lebih ramai kakitangan dan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan;
  • Lebih ramai kakitangan dan peljar mendapat maklumat formal tentang sukan.

Misi

Misi fakulti adalah untuk membawa pelajar, fakulti, dan kakitangan mengikuti aktiviti pembelajaran yang mendorong ke arah gaya hidup sihat, meningkatkan nilai-nilai kemasyarakatan, menjana kemahiran kepemimpinan dan berpasukan, serta mendorong ke arah mencapai kecemerlangan.