Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Pernah terfikir untuk berkecimpung dalam bidang pengurusan pejabat? Ataupun minat anda lebih ke arah menguruskan hal-hal organisasi sesebuah syarikat? Berita baik untuk pelajar lepasan SPM! Widad College menawarkan kursus Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat yang diiktiraf oleh MQA selama 6 semester. Jadi, mengapa anda harus memilih kursus ini? Adakah ianya menjamin peluang kerjaya yang cerah? Yang utamanya juga, mengapa anda harus memilih Widad College?

Tidak dapat dinafikan bahawa Diploma Pengurusan Maklumat ini yang juga merupakan cabang kepada sains kesetiausahaan masih dan sentiasa relevan. Mengapa tidak? Hari demi hari, semakin banyak organisasi yang ditubuhkan dan mereka memerlukan graduan-graduan yang pakar dalam menguruskan hal pejabat dengan menggunakan teknologi yang disediakan. Dalam hal teknologi pula, ianya semakin canggih sejak kebelakangan ini. Teknologi-teknologi ini perlu dikendalikan oleh tenaga kerja yang cekap dalam memastikan hal-hal pengurusan pejabat dapat berjalan dengan lancar. Di sinilah Widad College dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Maklumat membantu bakal-bakal graduan untuk mengasah kemahiran yang diperlukan oleh industri. Anda akan didedahkan dengan prosedur-prosedur pejabat, pengurusan pejabat, kecekapan di dalam pejabat, kemahiran berkomunikasi sesama rakan kerja dan yang utamanya pembentukan peribadi secara lahiriah dan insaniah.

Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat ini sedaya upaya memastikan kursus Diploma Pengurusan Maklumat bukan sahaja memanfaatkan para pelajar dalam suatu bidang sahaja. Terdapat juga subjek-subjek lain yang akan dipelajari di mana ianya berkait dengan Diploma Pengurusan Pejabat. Segala ilmu tentang etika pekerjaan, hal surat menyurat, pemprosesan dokumen dan skil informasi akan dipelajari. Bukan itu sahaja, yang menariknya ialah anda juga akan didedahkan kepada kemahiran keusahawanan ataupun Entrepreneurship. Hal ini kerana pada dasarnya, anda bakal menguruskan maklumat sesebuah organisasi. Sudah tentu ilmu tentang bagaimana organisasi tersebut menjalankan perniagaan mereka amat penting.

Widad College bukanlah calang-calang institusi pendidikan. Untuk kursus Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat ini, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat sendiri memastikan pelajar-pelajarnya dibantu dari segi kewangan. Biasiswa dan pinjaman disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak. Selain itu, banyak juga potongan yuran pengajian yang ditawarkan demi membantu pelajar-pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Widad College. Antara kelebihannya juga jika anda menyambung pengajian dalam bidang pengurusan pejabat di sini ialah kursus ini mendapat pengiktirafan daripada kebanyakan IPTA, IPTS dan juga institusi pengajian luar negara. Ianya memudahkan anda untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana institusi tersebut. Sekiranya graduan memilih untuk terus bekerja setelah menamatkan Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, ianya tidak menjadi masalah kerana peluang pekerjaan terbuka luas kepada anda.

Kepada pelajar-pelajar lepasan SPM, rebutlah peluang ditawarkan oleh Widad College ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, klik di sini.


  • Maklumat Program

  • DIPLOMA PENGURUSAN & TEKNOLOGI PEJABAT

  • SEPENUH MASA

  • 2 TAHUN 6 BULAN


Syarat Kemasukan

  • Pilihan 1: Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia / Vokasional (SPM / SPMV)

  • Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit termasuk:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Mana-mana satu (1) matapelajaran lain
  • Lulus Sejarah
  • Lulus Matematik ATAU Matematik Tambahan
  • Pilihan 2: Kemasukan dengan Sijil

  • Lulus Sijil Pentadbiran Pejabat (OM009) dari UiTM
  • Pilihan 3: Kemasukan dengan Pra Diploma

  • Lulus program Pra Diploma Sains (PD007/PD008) atau Pra Diploma Perdagangan (BA002/BA003) dari UiTM
  • + Maklumat Tambahan

  • Diploma akan di anugerahkan oleh UiTM semasa konvokesyen di UiTM Shah Alam

Laluan Kerjaya

Pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus boleh mencari pekerjaan disektor swasta dan awam sebagai:

  • Pegawai Eksekutif
  • Pembantu Peribadi
  • Setiausaha Eksekutif

Graduan boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara.

HANTAR KAMI SOALAN ANDA