Kelab Sukan Pelajar Widad

Pengenalan

Kelab sukan pelajar merupakan komponen penting dalam pengalaman universiti anda. Mereka menyediakan peluang yang menarik dan bermanfaat untuk menjalin persahabatan baru, berhubung dengan individu yang berkongsi minat yang sama, dan meningkatkan keseluruhan kehidupan pelajar anda.

Penyertaan dalam persatuan ini juga dapat membantu dalam pembangunan kemahiran kepimpinan melalui penganjuran acara dan aktiviti. Berikut adalah senarai beberapa kelab yang terdapat di kampus.

Untuk senarai penuh kelab yang tersedia di kampus atau untuk mengetahui cara menyertai, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar di studentaffairs@widad.edu.my.

Widad Eagles Rugby Club

Widad Eagles Rugby Club

Kelab Ragbi Widad Eagles telah ditubuhkan pada Disember 2018 dan dianggap sebagai salah satu organisasi sukan yang paling aktif di Widad Universiti Kolej.

Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan satu platform yang sesuai untuk pelajar mengambil tempat dalam aktiviti kokurikulum.

Kelab ini juga sering terlibat dengan kejohanan-kejohanan ragbi di sekitar Pahang seperti Pahang Rugby Closed 10s, Pahang Rugby Championship, IIUM Mustangs 7s, ILP Kuantan 7s, MASISWA 10s dan sebagainya.

Ahli kelab ini juga menerima pelbagai kelebihan kelebihan dan faedah seperti kekuatan fizikal dan mental, kebolehan bekerja di dalam pasukan, pembinaan jaringan, dan sebagainya melalui kejohanan dan sesi latihan berpasukan.

Widad Eagles Rugby Club
Widad Eagles Rugby Club
Widad Eagles Rugby Club
Widad Eagles Netball Club

Widad Eagles Netball Club

Widad Eagles Netball Club merupakan salah satu kelab sukan yang terdapat di Widad University College.

Kelab ini dikelola oleh seorang pengurus dan seorang jurulatih, ahli atau atlet adalah seramai 12 orang pelajar perempuan yang terdiri daripada pelbagai program pengajian di Widad University College ini.

Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah bagi melahirkan lebih ramai ahli atau atlet yang berpengetahuan mengenai sukan bola jaring ini.

Selain itu, kelab ini juga telah melahirkan ahli atau atlet yang sangat berpontensi tinggi demi memajukan nama kelab dan nama Widad University College hingga ke serata Malaysia. Sebagai buktinya, Pasukan Netball Widad Eagles telah menjuarai sebanyak dua kali dalam Majlis Sukan IPTS Malaysia Zon Timur 2023 dan 2024.

Widad Eagles Netball Club
Widad Eagles Netball Club

Apa khabar.. nama saya .

Sila taip nombor telefon bimbit anda dan mulakan perbualan.

Chat Dgn Kami