Program Anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Fakulti Kejururawatan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Pahang. Majlis Perasmian Pembukaan telah diadakan pada hari Isnin, 4 Ogos 2025 jan 9.00 pagi – 11.00 pagi di Auditorium, Widad University College. Program dirasmikan oleh YH. Dato’ Dr. Hj. Nasir bin Mat Dam, Naib Canselor Widad University College danturut dihadiri oleh kakitangan dan pelajar WUC. Bengkel Pengurusan Ibadah Pesakit dalam Profesion Kejururawatan ialah program pendidikan yang menggabungkan ilmu kejururawatan dengan nilai-nilai ibadah, bertujuan untuk melahirkan jururawat yang lebih berempati dalam menyediakan penjagaan holistik kepada pesakit. Bengkel ini memberikan ilmu, refleksi, dan pengalaman baharu tentang cara mengurus ibadah pesakit secara efektif, yang membolehkan jururawat menggabungkan kedua-dua aspek ini dalam amalan harian mereka. Majlis penutup bengkel telah disempurnakan oleh YH Dato’ Haji Ahmad Khirrizal Bin Haji Ab. Rahman, DSAP., DIMP., SAP., AAP., Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).