PROGRAM INTEGRITI DAN ANTIRASUAH
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
(SPRM) PAHANG BERSAMA ANGKATAN MAHASISWA
ANTI RASUAH (AMAR) PAHANG: “AMAR PAHA

Program Integriti dan Antirasuah bersama Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) Pahang telah diadakan di Agro Resort Semuji, Kuantan. Program ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang dengan kerjasama LKPP Corporation Sdn. Bhd sebagai usaha memperkukuh budaya integriti dan kesedaran antirasuah dalam kalangan generasi muda, khususnya mahasiswa. Seramai 155 orang pelajar dan 12 orang penyelaras AMAR daripada enam institusi pengajian tinggi di sekitar Pahang telah mengambil bahagian dalam program yang bertemakan AMAR Pahang Sepakat Teguh dan Pahat Minda Perangi Rasuah”. Program yang bermula pada 11 Oktober 2025 ini dimulakan dengan sesi kem motivasi menampilkan penceramah jemputan, mantan pegawai SPRM, Tuan Zakaria bin Taib. Beliau menekankan tanggungjawab moral setiap individu dalam mewujudkan masyarakat yang telus dan berintegriti disamping membuka ruang kepada pelajar untuk lebih memahami peranan mereka dalam menyokong usaha pencegahan rasuah negara.Peserta turut mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti tambahan yang berunsurkan integriti seperti Explorace Antirasuah yang dilaksanakan di sekitar kawasan kem Agro Resort Semuji. Majlis perasmian penutupan pula disempurnakan oleh Pengarah SPRM Pahang, KPKPj Mohd Shukor bin Mahmud, yang menyeru mahasiswa agar menjadi barisan hadapan dalam perjuangan membanteras rasuah. Penganjuran program seperti ini merupakan sebahagian daripada strategi memperkukuh usaha pencegahan rasuah secara menyeluruh, dengan memberi tumpuan kepada pembangunan jati diri dan kesedaran golongan muda. Penglibatan pelbagai institusi pendidikan juga mencerminkan komitmen bersama ke arah membentuk ekosistem masyarakat yang bebas rasuah disamping menjadi platform berterusan dalam memperkasakan peranan AMAR sebagai penggerak utama agenda antirasuah di kampus.

  • Tarikh11-12 Oct 2025
  • TempatAgro Resort Semuji, Kuantan, Pahang

Apa khabar.. nama saya .

Sila taip nombor telefon bimbit anda dan mulakan perbualan.

Chat Dgn Kami