Diploma Kejururawatan

Sedang mencari diploma jururawat di Malaysia yang diiktiraf dan komprehensif? Diploma Kejururawatan di Widad University College ialah antara pilihan utama bagi mereka yang ingin menyertai bidang kejururawatan yang dinamik.

Terletak di Kuantan, Pahang, salah satu lokasi strategik untuk universiti jururawat di Kuantan, program ini diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, MQA, dan Lembaga Jururawat Malaysia.

Sesuai untuk pelajar lepasan SPM yang mencari permohonan jururawat lepasan SPM, Widad merupakan kolej kejururawatan Kuantan yang memberi tumpuan kepada pendidikan berkualiti dan pembangunan holistik jururawat masa hadapan.

Program Diploma Kejururawatan di Widad University College

Sebagai salah satu program kejururawatan yang paling diminati di Malaysia, Diploma Kejururawatan di Widad University College direka khusus untuk melahirkan jururawat profesional yang bukan sahaja mahir dari segi teknikal, tetapi juga beretika dan bersedia menghadapi cabaran dunia kesihatan moden.

Kursus jururawat di Widad menggabungkan teori asas dan latihan praktikal klinikal secara menyeluruh, membolehkan pelajar memahami dengan mendalam peranan jururawat dalam sistem penjagaan kesihatan. Antara modul utama yang diajar termasuk:

  • Anatomi dan Fisiologi : memahami struktur dan fungsi tubuh manusia;
  • Mikrobiologi : mengenal pasti mikro-organisma yang mempengaruhi kesihatan manusia;
  • Asas Kejururawatan : menangani kes mental dan kecemasan dengan pendekatan klinikal;

  • Etika Profesional dan Undang-Undang Kesihatan : memastikan pelajar faham tanggungjawab dan peraturan dalam profesion kejururawatan;
  • Pharmacology Nursing;
  • Paediatric Nursing;
  • Mental Health Nursing;
  • Community Nursing;
  • Woman Health.

Pelajar yang mengikuti diploma kejururawatan ini akan mendapat akses penuh kepada kemudahan pembelajaran canggih seperti makmal simulasi moden, bilik demonstrasi, serta latihan klinikal di hospital kerajaan dan swasta. Ini termasuk hospital panel Widad dan fasiliti kesihatan terpilih di Pahang.

Sebagai sebuah kolej kejururawatan di Pahang yang diiktiraf, Widad University College memberikan pelajar asas kukuh yang diperlukan untuk membina kerjaya dalam kejururawatan, sama ada di sektor awam, swasta, atau luar negara.

Syarat Kemasukan

Pilihan 1 : Kemasukan dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  • Lulus SPM dengan 3 kredit termasuk:
    • Bahasa Melayu
    • Matematik / Matematik Tambahan
    • Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Gunaan / Sains Tambahan
  • Lulus dalam dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Inggeris.
  • Lulus sesi temuduga yang akan dijalankan oleh fakulti.

Pilihan 2 : Kemasukan dengan Sijil Pembantu Jururawat

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Memiliki Sijil Pembantu Jururawat / Sijil Jururawat Masyarakat.
  • Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM).
  • Memiliki Sijil Perakuan Pengalaman Tahunan terkini (APC) untuk jururawat dari LJM.
  • Minima tiga (3) tahun pengalaman bekerja klilnikal.
  • Lulus sesi temuduga yang akan dijalankan oleh Fakulti Kejururawatan.

Program Diploma Kejururawatan WIDAD: Membuka Laluan Ke Dunia Penjagaan Kesihatan Profesional

Diploma Kejururawatan di Widad University College bukan sekadar pembelajaran teori, tetapi latihan menyeluruh untuk dunia sebenar penjagaan kesihatan. Pelajar menjalani latihan praktikal intensif di jabatan kecemasan, wad, pusat komuniti dan klinik kesihatan awam serta swasta.

Pendekatan ini melatih pelajar kolej kejururawatan dalam kemahiran klinikal sebenar, interaksi pesakit dan pemahaman protokol penjagaan. Penekanan turut diberikan kepada nilai empati, komunikasi berkesan dan etika kerja tinggi.

Sebagai kolej perubatan di Malaysia yang diiktiraf, Widad memastikan graduan diploma kejururawatan Pahang bersedia bekerja dalam pelbagai persekitaran klinikal termasuk hospital awam, pusat rawatan swasta dan organisasi antarabangsa.

Program ini membolehkan pelajar berkhidmat dalam sistem kesihatan serta melanjutkan pengajian dalam kejururawatan, kesihatan awam atau pengurusan kesihatan. Gabungan teori dan amali menjadikan Diploma Kejururawatan Widad asas kukuh untuk kerjaya profesional.

Struktur Program

Tahun 1

  • Anatomy & Physiology I
  • Microbiology & Immunity
  • Communication in Nursing
  • Psychology & Sociology
  • Fundamental of Nursing Science I
  • English for Nurses I
  • Clinical Practice I
  • Anatomy & Physiology II
  • Pharmacology & Nutrition
  • Fundamental of Nursing Science II
  • Nursing Science I : FE,I&I, SKIN, Immunity, Pain MGM, Cancer
  • Ethic & Law in Nursing
  • English for Nurses II
  • Pengajian Malaysia II (MPU 1)
  • Clinical Practice II

Tahun 2

  • Nursing Science II : CVS, Respiratory
  • Nursing Science III : GIT & Hematology
  • Paediatric Nursing
  • Women Health
  • English for Nurses III
  • Pembangunan Diri II (MPU 2)
  • Clinical Practice III
  • Community & Gerontology Nursing
  • Epidemiology, Communicable & Non Communicable Disease
  • Nursing Science IV : Musculoskeletal & Endocrine
  • Pentadbiran Awam di Malaysia (MPU 3)
  • Clinical Practice IV : Community Nursing Musculoskeletal

Tahun 3

  • Nursing Science V : EYE & ENT
  • Nursing Science VI : GU & CNS
  • Basic Research Method & Statistics
  • Mental Health Nursing
  • Pencinta Alam (MPU 4)
  • Clinical Practice VI : Mental Health Nursing,EYE, ENT, GUT, CNS
  • Nursing Management
  • Personal and Professional Development
  • Emergency & Disaster Nursing
  • Clinical Practise VI : Management, Emergency Nursing

Pengiktirafan

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)

Widad University College diiktiraf sebagai COMPETITIVE (BERDAYA SAING) pada SETARA 2022.

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Diploma Kejururawatan telah memperolehi AKREDITASI PENUH dari MQA.

Lembaga Jururawat Malaysia

Semua graduat akan BERDAFTAR dengan Lembaga Jururawat Malaysia setelah LULUS peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia.

The Golden Globe Tigers Awards

Widad University College diiktiraf sebagai “BEST ACADEMIC INSTITUTIONS”.

Bantuan Kewangan

Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN)
Yayasan
Royal Widad
AFFIN Education
Financing-i
Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja
(KWSP)

Tajaan Industri

Semua pelajar Diploma Kejururawatan layak mendapat tajaan dan bantuan kewangan daripada hospital sokongan berikut.

Laluan Pendidikan

Diploma Kejururawatan di Widad University College bukan sekadar pintu masuk ke dunia penjagaan kesihatan, tetapi juga laluan jangka panjang ke pembangunan akademik dan kerjaya profesional.

Graduan bukan sahaja boleh terus bekerja sebagai jururawat bertauliah, malah berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang kejururawatan dan sains kesihatan.

Langkah 1

Diploma Kejururawatan

Langkah 2

Kursus Pengkhususan Lanjutan

Langkah 3

Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan

Langkah 4

Sarjana Kejururawatan

Langkah 5

Doktor Falsafah

Laluan Kerjaya

Graduan Diploma Kejururawatan Widad boleh menempatkan diri dalam pelbagai sektor kesihatan:

  • Hospital Kerajaan
  • Hospital Swasta
  • Hospital Wanita & Kanak-Kanak
  • Hospital Ketenteraan
  • Klinik Kesihatan Kerajaan (KK)
  • Klinik Perubatan Swasta
  • Pusat Hemodialisis
  • Pusat Jagaan Harian
  • Jururawat Industri
  • Pusat Jagaan Orang Tua
  • Bekerja Di Luar Negara
  • Pelantar Minyak

Dengan laluan ini, kolej kejururawatan Pahang seperti Widad membuka potensi besar kepada lepasan kursus jururawat untuk terus berkembang dalam profesion kejururawatan, sama ada di Malaysia atau di peringkat antarabangsa.

Alumni Kami

Syahiran Mohd Zaki menyambung pengajian Diploma Kejururawatan di Kolej Universiti Widad, Kuantan Pahang

Syahiran Mohd Zaki

Ambilan Julai 2018

King Abdulaziz Medical City, Jeddah

Wee Chie Yin menyambung pengajian Diploma Kejururawatan di Kolej Universiti Widad, Kuantan Pahang

Wee Chie Yin

Ambilan Julai 2019

Sunway Medical Centre

Hilman Jauhari Hasbialah menyambung pengajian Diploma Kejururawatan di Kolej Universiti Widad, Kuantan Pahang

Hilman Jauhari Hasbialah

Ambilan Julai 2019

KPJ Tawakkal KL Specialist Hospital

Nur Aiman Nadiah Mohd Zin menyambung pengajian Diploma Kejururawatan di Kolej Universiti Widad, Kuantan Pahang

Nur Aiman Nadiah Mohd Zin

Ambilan Julai 2019

KPJ Tawakkal KL Specialist Hospital

Aizah Nurhazliyana Mohd Yusrie menyambung pengajian Diploma Kejururawatan di Kolej Universiti Widad, Kuantan Pahang

Aizah Nurhazliyana Mohd Yusrie

Ambilan Julai 2019

IIUM Medical Specialist Centre

Nur Iman Irdina Zulkapli menyambung pengajian Diploma Kejururawatan di Kolej Universiti Widad, Kuantan Pahang

Nur Iman Irdina Zulkapli

Ambilan Julai 2020

Pantai Hospital, Kuala Lumpur

Nor Faratul Syahira Roslee menyambung pengajian Diploma Kejururawatan di Kolej Universiti Widad, Kuantan Pahang

Nor Faratul Syahira Roslee

Ambilan Julai 2020

Darul Makmur Medical Centre (DMMC)

Elyana Shakira menyambung pengajian Diploma Kejururawatan di Kolej Universiti Widad, Kuantan Pahang

Elyana Shakira

Ambilan Julai 2020

Thomson Hospital, Kota Damansara

Suhail Shaheen menyambung pengajian Diploma Kejururawatan di Kolej Universiti Widad, Kuantan Pahang

Suhail Shaheen

Ambilan Julai 2020

Pantai Hospital, Kuala Lumpur

Nurin Syahirah Ramli & Noor Hazieqah Azli menyambung pengajian Diploma Kejururawatan di Kolej Universiti Widad, Kuantan Pahang

Nurin Syahirah Ramli & Noor Hazieqah Azli

Ambilan Julai 2020

Gleneagles Hospital Medini, Johor

Soalan Lazim

1Apakah syarat kemasukan untuk program Diploma Kejururawatan?

Untuk permohonan Diploma Kejururawatan, pelajar perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3 kredit termasuk Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahan, Fizik/Kimia/Biologi/Sains, dan lulus Bahasa Inggeris. Pelajar juga perlu lulus sesi temuduga yang akan dijalankan oleh pihak fakulti.

2Bilakah sesi pengambilan pelajar bagi program Diploma Kejururawatan?

Sesi pengambilan pelajar untuk program kejururawatan ini adalah pada bulan Mac dan September setiap tahun.

3Adakah program Diploma Kejururawatan di WIDAD University College diiktiraf?

Program diploma jururawat di Malaysia ini diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), dan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM).

4Apakah bantuan kewangan yang tersedia untuk pelajar Diploma Kejururawatan?

Pelajar diploma kejururawatan boleh memohon bantuan kewangan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Yayasan Royal Widad, AFFIN Education Financing-i, dan pengeluaran KWSP.

5Apakah peluang kerjaya selepas tamat program Diploma Kejururawatan?

Graduan kursus jururawat boleh bekerja di hospital kerajaan, hospital swasta, hospital wanita & kanak-kanak, hospital ketenteraan, klinik kesihatan kerajaan, klinik perubatan swasta, pusat hemodialisis, pusat jagaan harian, jururawat industri, pusat jagaan orang tua, bekerja di luar negara, dan pelantar minyak.

6Apakah kelebihan belajar di WIDAD University College, sebuah kolej kejururawatan di Kuantan?

WIDAD University College, universiti jururawat yang berprestij, diiktiraf sebagai institusi yang kompetitif dalam SETARA 2022 dan dianugerahkan sebagai "BEST ACADEMIC INSTITUTIONS" oleh The Golden Globe Tigers Awards. Program diploma kejururawatan ini juga mendapat akreditasi penuh dari MQA.

7Apakah proses temuduga untuk kemasukan ke program Diploma Kejururawatan?

Pelajar perlu lulus sesi temuduga yang akan dijalankan oleh Fakulti Kejururawatan. Temuduga ini bertujuan untuk menilai kesesuaian calon untuk program diploma jururawat ini.

8Bagaimana cara memohon untuk program Diploma Kejururawatan di WIDAD University College?

Pelajar boleh membuat permohonan on-line melalui laman web WIDAD University College atau hubungi bahagian kemasukan untuk maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran bagi kursus jururawat.

Kenapa Pilih Widad

Pengalaman

Mula menawarkan program sejak 2007

Akreditasi

Akreditasi PENUH oleh MQA

Pensyarah

Berkelayakan dan berpengalaman

Pencapaian

98% Kadar kebolehpasaran dan 100% Graduate on Time (GoT)

Kerjasama

Dengan hospital ternama di Malaysia

Fasiliti

Fasiliti yang lengkap

Percuma

Pengangkutan percuma

Percuma

Penginapan percuma

Percuma

Pakaian seragam percuma

Kerjaya

Layak untuk bekerja di luar negara

Perlu Bantuan

Kami berbesar hati untuk membantu anda.
Klik pada ikon untuk berkomunikasi dengan wakil kami.

Sumathi P.S. Unnithan Dekan, Fakulti Kejururawatan 016-986 1349
Amiruddin Adli Abu Bakar Bantuan Pelawat 019-328 5269

Apa khabar.. nama saya .

Sila taip nombor telefon bimbit anda dan mulakan perbualan.

Chat Dgn Kami