Aktiviti riadah ini telah diadakan pada 12 september 2026 dan turut disertai oleh 30 pelajar baharu Fakulti Perubatan, Fakulti Kejururawatan dan Fakulti Sains Kesihatan serta diiringi oleh 3 orang pensyarah. Disamping mengeratkan pertalian di antara pelajar berbagai fakulti dan pensyarah, program bertujuan untuk membawa pelajar menikmati kepelbagai flora dan fauna serta pemandangan indah di puncak menakjubkan menghadap bandar Kuantan dan Laut China Selatan. Selain itu, aktiviti sebegini juga dapat membantu meningkatkan kecergasan dan stamina semua yang terlibat disamping menjadi aktiviti riadah yang baik bagi melepaskan tekanan dalam suasana hijau hutan simpan