Majlis Perasmian Program Foodbank Widad Rezeki Hub telah berlangsung pada hari Khamis, 8 Oktober 2026 jam 9.30 pagi bertempat di Bilik HEP (Hal Ehwal Pelajar). Program ini dianjurkan secara kolaboratif oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Widad University College (WUC) dan Widad College (WC). Digerakkan melalui konsep ‘Food Pantry’, iaitu di mana tempat khas disediakan untuk pengagihan makanan kering, Widad Rezeki Hub menyediakan bantuan bekalan makanan demi menyokong kebajikan dan meringankan beban para pelajar Widad yang memerlukan. Majlis telah disempurnakan oleh Naib Canselor Widad University College, YH Dato’ Dr. Nasir bin Mat Dam.