Seramai 300 mahasiswa daripada golongan B40 dan asnaf melibatkan sembilan institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah Kuantan menyertai Program Aspirasi Siswa Amal dan Nilai (INSAN) 2026 pada 18 OGOS 2026. Program disifatkan sebagai platform strategik untuk membuka laluan baharu kepada mahasiswa daripada keluarga B40 dan asnaf mengubah taraf ekonomi keluarga menerusi bidang keusahawanan. Inisiatif bersama institusi pengajian tinggi (IPT) Pahang dan rakan strategik ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta bagi menceburi bidang keusahawanan yang boleh memberi peluang yang lebih tinggi pada masa akan datang.