Sarjana Sains (Pengurusan)

Opss.. Javascript tidak aktif di pelayar web anda

Untuk menggunakan sepenuhnya fungsi yang terdapat dalam laman sesawang ini, anda dikehendaki mengaktifkan opsyen JavaScript terlebih dahulu. Disini adalah langkah-langkah untuk mengaktifkan opsyen JavaScript tersebut.


Pertanyaan

Sekiranya terdapat soalan berkenaan amalan privasi kami, sila hubungi webmaster kami.

Sarjana Sains (Pengurusan) adalah program yang memberikan penekanan kepada penyelidikan sebagai syarat utama untuk mendapat ijazah.

Walaupun tidak ada jumlah kredit khusus yang diperlukan untuk menamatkan pengajian, pelajar diminta untuk mendaftar beberapa kursus bagi memperkukuhkan asas pengetahuan mereka dalam bidang penyelidikan. Mereka juga diminta untuk mengambil bahagian dalam perbincangan akademik dan pembentangan seminar. Di samping itu, mereka juga diwajibkan membentangkan tesis kepada Thesis Examination Committee bagi memperakui sumbangan yang signifikan terhadap pengetahuan yang telah dijalankan di kawasan terpilih.



Tema Penyelidikan

Kepakaran kami adalah dalam bidang-bidang berikut:

  • Perakaunan Pengurusan
  • Pengurusan Kewangan
  • Keusahawanan
  • Pengurusan Teknologi
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pengurusan Perniagaan
  • Pengurusan Pemasaran
  • E-dagang
  • Pengurusan Projek
  • Pengurusan Strategik
  • Pengurusan Kualiti
  • Pengurusan Kepimpinan
  • Pengurusan Pelancongan dan Perhotelan
  • Rangkaian Bekalan dan Pengurusan Logistik
  • Pengurusan Korporat
  • Pengurusan Alam Sekitar
  • Pengurusan Inovasi
  • Pengiklanan dan Perhubungan Awam
  • Pengurusan Penjagaan Kesihatan
  • Tadbir Urus Korporat
  • Gelagat Organisasi
  • Pengurusan bukan keuntungan
  • Perniagaan Antarabangsa
  • Pengurusan Risiko
  • Pengurusan Harta Tanah
  • Pengurusan Undang-undang
  • Operasi Penyelidikan
  • Etika Perniagaan
  • Pengurusan Rekabentuk
  • Polisi Ekonomi

Syarat Kemasukan

  • Graduan Ijazah Sarjana Muda

  • Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK minimum 2.75 / 4.00 atau setara dalam bidang berkaitan dari universiti yang diiktiraf.

Syarat Bahasa Inggeris

  • Pelajar antarabangsa mestilah mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan mempunyai salah satu kelayakan berikut:
    • Skor TOEFL minimum 550 ATAU
    • Skor IELTS minimum 6.0 ATAU
    • Skor MUET minimum Band 4.

Laluan Kerjaya

Sarjana Sains (Pengurusan) menekankan pembangunan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam perkembangan kerjaya samada dalam negara atau antarabangsa.

Graduan Sarjana Sains (Pengurusan) boleh menyambung pengajian di peringkat PhD dalam bidang yang sama atau berkaitan di mana-mana universiti di Malaysia atau luar negara.

Graduan juga layak dan berkebolehan menjawat jawatan dalam sektor awam ataupun swasta. Antara jawatan yang sesuai ialah pensyarah, pengurus dan penyelidik.

HANTAR KAMI SOALAN ANDA