Program Scout Fantasy 2026 telah diadakan dengan jayanya pada 31 mac 2026 bertempat di Auditoruium Widad University College dan sekitar kawasan kampus WUC. Tujuan utama program ialah untuk mendedahkan pengakap remaja dan kanak-kanak kepada pengalaman sebenar kepengakapan dengan pelbagai aktiviti luar dan interaktif. Program anjuran Pengakap Kelana Pahang dengan kerjasama Kelanasiswa Widad ini telah berjaya mengumpulkan seramai 500 peserta yang terdiri daripada pengakap kanak-kanak dan remaja dari daerah Kuantan dan sekitarnya dengan misi melengkapkan lencana Keahlian dan lencana Berbasikal