ECE Sports Day telah diadakan pada 22 julai 2026 dan telah disertai oleh semua pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial. Program turut disertai oleh dekan serta pensyarah fakulti berkenaan. Tujuan utama program diadakan ialah untuk memupuk kecergasan fizikal, semangat berpasukan, dan persaingan yang sihat, di samping menggalakkan gaya hidup aktif dikalangan pelajar dan kakitangan. Disamping itu, ia juga diharapkan dapat memperkukuh komuniti dan semangat Fakulti FESS dengan menyatukan pelajar dan pensyarah melalui pertandingan sukaneka dan perkongsian.