Koperasi Widad Education Berhad dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan telah menganjurkan Kursus Basic Life Support (BLS) pada 24 September 2026 bertempat di Studio ECE, Widad University College. Seramai 24 orang pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Widad University College telah menyertai program kerjasama ini. Program Bantuan Hayat Asas (BLS) bertujuan untuk menydiakan peserta dengan cara mengenal pasti dan mengekalkan kelangsungan hidup dengan segera semasa kecemasan sehingga bantuan perubatan lanjutan tiba.