Program ini bertujuan memperkenalkan Widad Buddy System, iaitu sistem mentor yang menghubungkan pelajar baharu dengan pelajar senior yang terdiri daripada WIMED, MPP dan MPRP. Mentor berperanan sebagai rakan pembimbing bagi membantu pelajar baharu menyesuaikan diri, mendapatkan sokongan serta bimbingan sepanjang pengajian di Widad University College. Selain itu, aktiviti selingan turut dijalankan bersama Kaunselor HEP seperti Mindfulness serta sesi perkongsian pengalaman daripada beberapa senior MBBS semester 9 bagi memberikan sokongan dan motivasi kepada pelajar baharu.