Majlis Ikrar Pelajar Baharu Sesi 2026 telah diadakan pada 9 September 2026 (Rabu) bertempat di Auditorium Widad University College. Majlis ini merupakan acara kemuncak Program Orientasi Pelajar Baharu yang bertujuan memperkukuh komitmen pelajar terhadap peranan dan tanggungjawab mereka sebagai mahasiswa dan mahasiswi Widad University College (WUC). Ikrar yang dilafazkan melambangkan kesediaan mereka untuk mematuhi segala peraturan, menjunjung tinggi nilai integriti serta mengamalkan budaya ilmu sepanjang tempoh pengajian di WUC. Majlis Ikrar ini adalah simbolik permulaan perjalanan akademik dan diharapkan dapat menyuntik semangat serta iltizam dalam diri setiap pelajar untuk terus cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kepimpinan sepanjang tempoh pengajian mereka di WUC