Sambutan dan Perbarisan Hari Kebangsaan ke-69 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur telah berlangsung pada 31 Ogos 2026 (Isnin) bermula jam 8.00 pagi di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 4, Kemunting, Kuantan. Upacara Diserikan dengan keberangkatan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tuanku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Perbarisan menyaksikan penyertaan pelbagai kontinjen daripada agensi kerajaan, swasta, NGO, pasukan beruniform, institusi pengajian tinggi dan sekolah.
Kontigen Widad turut sama memeriahkan perbarisan dengan disertai oleh 30 orang pelajar dari Fakulti Kejururawatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu dan pelajar dari program Pengurusan Pejabat. Turut sama ialah YH Dato’ Dr Nasir Bin Mat Dam selaku ketua kontigen dan diiringi oleh Prof Madya Muslina Md Muis, Dr Hasbulani Zakaria, Tuan Haji Norhisyam bin Ab Rahman, En. Mazlan Ahmad,En. Hafizullah Ali Khan, En. Haniff Salleh dan En. Mohamad Junoh. Kontigen turut dibantu oleh wakil dari Majlis Perwkilan Pelajar WUC dan WC.