Program Asas Bantu Mula Kepengakapan
Peringkat Negeri Pahang 2026

Program Asas Bantu Mula Kepengakapan ialah kursus latihan pertolongan cemas asas untuk ahli-ahli pengakap bagi melatih mereka menghadapi kecemasan. Antara objektif utama program ini ialah bagi memberi pendedahan dan kemahiran asas pertolongan cemas (first aid) kepada ahli pengakap, memupuk nilai kepimpinan, berdikari, dan kerjasama dalam menyelesaikan masalah serta membantu ahli pengakap rmemenuhi syarat perolehan lencana kecekapan (seperti Lencana Pertolongan Cemas). Aktiviti utama program ialah penerangan teori berkaitan prinsip asas pertolongan cemas dan keselamatan diri, demonstrasi cara merawat luka, melecur, balutan, dan usungan mangsa serta latihan praktikal simulasi berdepan situasi kecemasan secara berkumpulan. Program telah dijayakan bersama Pengakap Kelana Negeri Pahang serta Kelanasiswa Widad telah disertai oleh lebih 600 pengakap dari seluruh negeri Pahang dan turut dibantu oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pahang.

  • Tarikh21 Sep 2026
  • TempatAuditorium Widad University College

Apa khabar.. nama saya .

Sila taip nombor telefon bimbit anda dan mulakan perbualan.

Chat Dgn Kami